Islam adalah satu agama rahmat sekalian alam yang diturunkan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad (sebagai utusan) melalui jibril `alaih assalam.Rahmat Allah swt muncul tanpa kita sedari ,sesungguhnya nikmat Allah terlalu banyak tidak mampu dihitung, dek kerana kelalaian dengan keindahan dan kesenangan dunia sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah swt,
Syariah wujud berserta tujuan (maqasid) dalam pelaksaan sesuatu hukum yang disyariatkan.Namun,ada sesetengah golongan yang menafikan bahawa Allah swt mensyariatkan sesuatu hukum bukanlah berdasarkan kepada maqasid semeta-mata,jika demikian menunjukkan Allah swt itu bersifat lemah kerana menyandarkan sesuatu perkara kepada perkara yang lain.Justeru itu saya berpendapat bahawa,dalam setiap pensyariatan Allah swt dalam sesetua perkara tidaklah menyandarkan kepada perkara lain yang,akan tetapi rahmat dan hikmah yang terkandung didalam pensyariatn itu menunjukkan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya.Maqasid syariah terbahagi kepada lima secara umumnya iaitu:
- Menjaga agama
- Menjaga jiwa
- Menjaga akal
- Menjaga keturunan
- Menjaga harta
Penerangan ini secara ringkasan untuk memahami konsep maqasid syariah dalam hukum hakam.PERHATIAN!!! Untuk memahami secara terperinci perlulah bertanya kepada guru/ustaz yang mahir.
Waallahu a`lam..