Monday, 30 May 2016

MAQASID SYARIAH

Islam adalah satu agama rahmat sekalian alam yang diturunkan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad (sebagai utusan) melalui jibril `alaih assalam.Rahmat Allah swt muncul tanpa kita sedari ,sesungguhnya nikmat Allah terlalu banyak tidak mampu dihitung, dek kerana kelalaian dengan keindahan dan kesenangan dunia sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah swt,
  Syariah wujud berserta tujuan (maqasid) dalam pelaksaan sesuatu hukum yang disyariatkan.Namun,ada sesetengah golongan yang menafikan bahawa Allah swt mensyariatkan sesuatu hukum bukanlah berdasarkan kepada maqasid semeta-mata,jika demikian menunjukkan Allah swt itu bersifat lemah kerana menyandarkan sesuatu perkara kepada perkara yang lain.Justeru itu saya berpendapat bahawa,dalam setiap pensyariatan Allah swt dalam sesetua perkara tidaklah menyandarkan kepada perkara lain yang,akan tetapi rahmat dan hikmah yang terkandung didalam pensyariatn itu menunjukkan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya.Maqasid syariah terbahagi kepada lima secara umumnya iaitu:
  • Menjaga agama
          -Islam mewajibkan untuk menjaga AGAMA dengan itu diperintahkan jihad.
  • Menjaga jiwa
         -Dibenarkan memakan bangka atau benda haram jika dalam keadaan darurat demi menjaga                   JIWA
  • Menjaga akal
          -Diharamkan arak bertujuan untuk menjaga AKAL
  • Menjaga keturunan
          -Diharamkan berzina kerana boleh merosakan KETURUNAN
  • Menjaga harta
          -Islam menegah seseorang itu daripada pembaziran demi mengelakkan Harta dibelanjakan                   dijalan yang tidak disyariatkan oleh Allah 

Penerangan ini secara ringkasan untuk memahami konsep maqasid syariah dalam hukum hakam.PERHATIAN!!! Untuk memahami secara terperinci perlulah bertanya kepada guru/ustaz yang mahir.

Waallahu a`lam..

Saturday, 14 May 2016

PRINSIP-PRINSIP MEMAKAN MAKANAN MASAKAN NON MUSLIM

    Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia sehari-hari. Namun, matlamat dalam hidup bukanlah untuk makan semata-mata bahkan sekadar kelangsungan untuk meneruskan hidup bagi mengabdikan diri kepada Allah SWT.
      
    Menurut pentakrifan Al-Bacli (Al-Bacli: 26: 1981) pula, makanan ialah apa yang dimakan dan diminum dan setiap makanan itu adalah suci. Penerangan ringkas ini bertepatan dengan sebuah firman Allah SWT.
وَيُحِلُّ لَهُم الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِث
Maksudnya:
Dan menghalalkan bagi mereka segala perkara yang baik, dan mengharamkan bagi mereka segala perkara yang buruk.
Firman Allah SWT.
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَاّ فِي الْأَرْضِ جَمِيْعًا
Maksudnya:
Dia lah Allah (tuhan yang menciptakan) bagi kamu apa yang ada dibumi kesemuanya

PRINSIP-PRINSIP:
  • Mestilah makanan itu tidak termasuk dalam kategori yang diharamkan oleh al-Quran dan Hadith


  • Tidak was-was tentang bahan yang digunakan jika yakin dengan nyata bahan digunakan itu haram maka tidak dibolehkan


  • Pastikan bekas yang digunakan itu bersih atau suci (basuh)Perlu diganti dengan bekas yang lain jika bekas yang digunakan itu dari emas dengan perak

Sunday, 5 April 2015

DARJAT ORANG-ORANG YANG MENDENGAR SERUAN RASUL

بسم الله الرحمن الرحمن الرحيم

Disebut didalam al-quran surah AL-ANFAL 8:23 mengenai orang- orang yang mendengar akan seruan rasul terbahagi kepada 4 sebagaimana berikut...

  • Peringkat pertama adalah orang yang sengaja tidak ingin mendengar seruan rasul secara terang-terangan malah menzahirkan permusuhan dengan rasul kerana takut akan seruan itu memusnahkan keyakinan mereka.
  • Yang kedua,mereka yang mendengar seruan rasul akan tetapi tidak ingin untuk memahami dan memikirkan akan apa yang diserukan sepertimana sifat orang munafiq.
  • Ketiga,mereka yang mendengar seruan dengan bertujuan untuk membantah atau menolaknya  .
  • Terakhir,seseorang atau satu golongan yang mendengar seruan rasul untuk memahami dan memikirkanya.namun,ada kalanya ajaran islam dijadikan sebagai alat pengetahuan yang dipergunakan untuk mengkritik atau bahan pembicaraan semata-mata.
Akhir kata,semoga allah melindungi kita dari sifat-sifat seperti ini dan sifat-sifat yang membawa kita ke lembah kebinasaan.